Blogger Templates

Wednesday 23 May 2012

the power of "water"

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku



Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Takkan menduakanmu



P/S : dah habes layan lgu kan..jom dgr ape kaitan lagu ni ngan aku (T_T)

salam baby blog!!muahhaa..lame sudah x update kt sini..mesti baby blog rindu dak comey ni kan..hurm, actually nk cite something kat sini..sedikit luahan perasaan gue yuuu..tentang si dia..let me name as 'tett" (sementara waktu je tau smentara pkir nama pena dia )

patut lah beberapa hari ni rasa somthing wrong somewhere..rupa2 nya..gunung merapi yang dah lama mendidih terluah hari ni..haha.well, my mistake actually..sape suruh ko gatal sgt wat mende camtu..konpem2 la ada y terasa sakit (baru sedar betapa pentingnya menjaga hati orang yang tersayang ). takot sangat perkara sebegini terjadi..padan muka ko dak comey kene marah ngan tett..haha( terima seadanya  walaupun terasa sakit)

aku memg xpndai nk pujuk orang..kesian la sapa hubby gue nati..but, i'll try to learn later bila da kwen yek!! *gatai noooorr * 

akan tetapi..jeng2x!!kuasa air mata pompuan..haha..for the 1st tyme aku lemah dgn diri sendiri..xdpt nk tahan perasaan bersalah..manik2 mutiara gugur di mata *malu wooo * 
xpernah2 nanges dpn orang camtuh..huhu..siap teresak2 lagi..mujur la x face to face!!haha..lame la jugak aku nanges tadi..stat dari jam 5.00-5.17 p.m (17 minit tuh) 

xpasal2 trun kedai asas pakai spek pink!!comeyyy yuuu!!ahahaha..
apapon..bersyukur perkara da setel..alhamdulillah..thank to tett sebab maafkan diri ini. maaf sekiranya diri ini terlalu banyak kelemahan dan ketidaksempurnaan. always wish the best for u =)

Wednesday 16 May 2012

Bab 3 Susunan Zarah dalam Pepejal

Susunan zarah yang berlainan/berbeza dalam jirim membolehkan jirim wujud dalam tiga bentuk yang berbeza (keadaan fizikal).

Biasanya jirim boleh wujud sebagai pepejal, cecair dan gas.

Susunan Zarah Dalam Pepejal.

Zarah pepejal.
  • Pensil, rod kaca, kuku besi, dan bikar adalah beberapa contoh pepejal.
  • Zarah pepejal tersusun rapat dan dalam corak/pola yang tetap. Ini adalah kerana daya tarikan antara zarah adalah kuat.
  • Terdapat ruang yang sangat kecil di antara zarah pepejal. Oleh itu, zarah tidak boleh dimampatkan dan isipadu pepejal adalah pasti/tentu.


Kajian susunan zarah dalam pepejal.


Permulaan eksperimen
Prosedur:
  1. Kepingan kecil kristal kuprum (II) sulfat dimasukkan ke dalam tabung uji yang dipenuhi oleh gel. 
  2. Tabung uji diterbalikkan tanpa digoncang dan dibiarkan selama beberapa hari.
Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Kuprum (II) sulfat biru perlahan-lahan merebak ke dalam gel. Selepas beberapa hari, gel menjadi keseluruhannya biru. Krital kuprum (II) sulfat telah hilang.

Kesimpulan:
Penyerapan kuprum (II) sulfat oleh gel menunjukkan bahawa terdapat ruang diantara zarah gel. Kadar penyerapan yang perlahan menunjukkan bahawa zarah gel disusun berhampiran bersama-sama (terdapat ruang kecil di antara zarah).

Kulit Buku


Cantik x cover buku cikgu?hihi..terima kasih atas pujian dan kutukan.. A special thanks to Cikgu Suraya  kerana..jeng2x!! tunjuk ajarku sifu..hihi =)
v


P/S : kali pertama buat cover buku..lepas ni boleh buat cover muka org pulak..hehe =D

Power point

Chapter 2 Cell as a basic unit of life
View more presentations from Cik Nur.

Tuesday 15 May 2012

Jom cuci hati kita!!! =)







1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu

   kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah“Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maafperlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, "jadi baik"-walaupun diri sendiri tidak mampu melaksanakannya dengan sempurna =)

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengarorang mengumpat.

“sampaikanlah pesanan ini walaupun 1″

Bab 1 :Jisim dan Berat

Bab 2 : Bagaimana sel berfungsi?


Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asid deoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan. Sesuatu sel perlu untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui fungsi sebenarnya.

Nukleus
Nukleus (nucleus) adalah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh membran nukleus. Nukleus juga adalah pusat kawalan bagi sel. Nukleus mengandungi arahan kimia (chemical instructions) dalam bentuk DNA. DNA ini akan dibawa keluar dari nukleus melalui membran nukleus
.
Nukleus (Nucleus)

Sel Haiwan
Sel haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya adalah lembut. Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent) yang dikenali sebagai membran sel (cell membrane). Membran ini boleh menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable). Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. Nukleus adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like) dipanggil sitoplasma (cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organ kecil' yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel mempunyai fungsi-fungsi tertentu.

Sel haiwan (Animal cell)

Sel Tumbuhan
Sel tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek. Selain dipenuhi dengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan mempunyai dinding sel selulosa (cellulose cell wall) dan mengandungi organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). Dinding sel bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut. Kloroplas mengandungi klorofil (chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan untuk melakukankan fotosintesis. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol (vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk mengekalkan kesegaran setiap sel.

Sel tumbuhan (Plant cell)